You are here: Home > Luahan Bicara Hati > Pahit manis perkahwinan/ perceraian

Pahit manis perkahwinan/ perceraian

Updated:Aug 2009

 Hidup nie banyak kerenahnya.Kadang kala buat kepala hampir pening mahupun pusing-pusing. Ini kerana perasaan geram/marah yang dipendamkan seperti anda dibuli ditempat kerja,dibuli disekolah ,family anda pilih kasih,kekasih anda curang,suami anda curang,isteri anda curang,pemandu yang tak berdisplin,jiran yang dengki,adik yang nakal,kawan yang sombong,pasal duit …ahhh macan-macan lagi. Tapi yang penting ianya mengenai hal lepaskan geram anda disini. Jom …luahkan disini agar perasaan geram / marah anda dapat dimanafaatkan oleh pembaca yang lain.

JUA Kepada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat mahupun bercerita tentang pengalaman perkahwinan perkahwinan mereka…silakan lah. Manalah tahu…para bakal yang akan menjadi pengantin inginkan tips tentang perkawinan.Perkahwinan bukan perkara yang remeh temeh . Ianya menjadi salah salah sebahagian kehidupan kita. Banyak perkara yang kita dengar atau baca mengenai perkahwinan atau perceraian. Jadi kepada yang ingin berkongsi cerita mereka disini..adalah di alu alukan.

Jua tips atau nasihat…dan jua bagaimana proses pernikahan/perkahwinan anda dilangsungkan. Setiap cerita yang dikongsi disini akan membantu membina keluarga yang bahagia. Topik terbaik akan dipilih utk muka depan blog ini..

Tags: ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

19 Responses to “Pahit manis perkahwinan/ perceraian”

  1. ana ana says:

    sejak saya berkahwin, namun tiada kesudahan atau penderitaan yang saya alami.

    apakah yg harus ku lakukan :sad:

  2. syiekatsuya syiekatsuya says:

    Kadang kala perkahwinan itu tidaklah seindah yang dimimpikan tapi wanita itu lebih tabah menghadapinya berbanding dengan lelaki. Percayalah

  3. Norlaila Norlaila says:

    Awal tahun 2008 genap perkahwinanku selama 14 tahun.. yang penuh bahagia yang tidak pernah aku terduga akan akan badai derita melanda dalam perkahwinan ini.. Aku mengenali suamiku sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, kami satu kampung malah satu kelas. Hati ini telah diikat dengan cintanya dari zaman persekolah sehinggalah ke zaman remaja dan akhirnya ke alam perkahwinan yang teramat bahagia. Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang teramat kami sayangi yang kami didik dengan ilmu dunia dan akhirat bagi bekalan anak-anak menghadapi cabaran hidup di masa akan datang.
    Aku fikir kebahagiaan ini akan berkekalan kerana aku masih setia seperti bertahun-tahun sebelum perkahwinan ini terjadi dan selepas perkahwinan ini terjadi juga.. aku fikir suamiku juga akan setia sehingga akhir hayatnya seperti ku.. Malang bagi diriku.. di umur menghampiri 40 ini, suamiku berubah sekelip mata, berubah menjadi seperti remaja di alam persekolah.. dia akhirnya berjumpa dengan pelajar universiti untuk dijadikan teman bercinta.. budak mentah yang baru berumur 21 tahun yang masih belum mengerti perit hidup berumah tangga. Yang dia tahu hanya keseronokan kerana suamiku melimpahinya dengan kemewahan wang ringgit dan hadiah. Suamimu memikatnya dengan kebendaan kerana dia tahu itu kelemahan wanita yang sedang di alam sekolah seperti perempuan itu. Tambahan pula suami terlalu murah hati membelanja makan perempuan itu setiap malam. Kerana waktu itu dia outstation di bandar perempuan itu belajar. Aku tidak pernah buruk sangka kepada suamiku kerana aku mahu jadi isteri yang taat pada suami, aku tidak mahu berdosa berburuk sangka dengan suami. Walaupun kadang-kadang aku hairan kenapa suami ku tidak mahu berulang saja dari daerah tersebut ke rumah kami tapi aku tidak pernah menyoalnya kerana memahami suami ku terlalu penat untuk memandu jauh setiap hari sedangkan daerah tersebut hanya memakan masa satu jam dari rumah kami.
    AKhirnya terbongkar penipuan suami yang paling aku sanjungi selama ini, suami yang menjadi kebanggaan ku selama ini.. Dia adalah suami yang paling penyayang sebelum ini, suami yang terbaik dan romantik boleh beralih arah setelah 14 tahun berkahwin.. cintanya padaku telah hilang kerana seluruh cintanya kini bertumpu kepada perempuan itu. Kini walaupun kata suamiku dia telah memutuskan hubungan dengan perempuan itu, aku benar-benar tidak percaya kerana dia telah menipu sebanyak 2 kali dalam perkara yang sama. Kepercayaan ku padanya telah hilang. Yang tinggal kini hanyalah sisa-sisa bahagia yang telah hilang. Sirna hidup ku hanya tingga kenangan. Hatiku menderita di atas janjinya yang telah dimungkiri selama ini.. Aku amat berharap Allah mengambil kembali cinta ini dari hatiku supaya aku tidak lagi mempunyai perasaan kepadanya kerana… perasaan itulah yang membuat aku tersiksa. Biarlah aku tidak punya apa-apa rasa lagi supaya hatiku tidak menderita lagi di atas perbuatannya.

    Antara cerita yang terpilih utk disiarkan dimuka depan blog Syiekatsuya bagi tatapan semua pembaca

  4. fazi fazi says:

    Entah nape lelaki mudah benar berpaling. Setelah lama menjalinkan hubungan ngan isteri tetapi tak bo nak buat pilihan bila jumpa perempuan lain… Nape ye????

  5. ena ena says:

    :cry: sedih la bila baca kisah2 mcm ni kan knape lelaki cepat berubah? saya juga tertekan dgn perubahan suami sy sekarang, apatah lagi skrg sy sedang mengandungkan ank kami yang kedua!!!!! saya dah bosan hidup macam ni?????

  6. ida ida says:

    aku berkahwin atas dasar cinta. tanpa berfikir panjang aku menamatkan zaman bujang ku seawal usia 20th ketika pengajian ku belumlagi tamat. ku sangkakan dialah pelindung dialah segalanya. namun segalanya berubah sedikit demi sedikit. segala pengorbanan ku tak pernah dihargai. aku ibarat pembantu rumah saja. mungkin lebiih rendah dari itu. aku ikut saranan dia untuk tidak bekerja supaya dapat menumpukan perhatian pada anak2 tapi akibatnya aku tak ada apa nak di banggakan dia sering mengungkit dan marah2 bila aku minta wang untuk belanja. seperti aku ni hanya beban kepadanya saja. walhal segalanya telah aku korbankan kepadanya. t

  7. ixora ixora says:

    macam-macam boleh berlaku dalam soal hal rumahtangga seseorang tu. masing-masing mempuyai kelemahan diri yang tersendiri. Cubalah memperbaiki kesilapan dalam diri itu…

  8. anna anna says:

    Aku dan dia berpacaran selama 4 tahun. Hubungan kami sudah begitu jauh, sampai yang tak seharusnya kami lakukan pun, hampir menjadi lakon hidup kami setiap saat. Apa hendak dikata, cinta yang membuatku menyerahkan segalanya. Hingga akhirnya aku hamil.

    Betapa panik aku saat itu. Bukan kerana tak siap menjadi ibu atau isteri dari lelaki yang kucintai itu tapi aku panik krn dia malah tak mau bertanggung jawab atas anak yang kukandung. Aku malah dituduhnya telah berhubungan intim dengan lelaki lain. Anak ini dianggapnya bukan darah dagingnya. Sungguh sikap yang tak pernah kuduga sebelumnya.

    Mengapa aku rela menyerahkan mahkotaku pada dia ? Kerana aku yakin ia akan menjadi suami dan ayah dari anak-anakku kelak. Tapi kenyataan berkata lain. Aku dicampakkan setelah semua madu ia hisap dari tubuhkku. Sejak saat itu aku tak pernah lagi melihat dia. Hilang entah ke mana

  9. snow snow says:

    knp lelaki sering berubah?

  10. arfira arfira says:

    salam semua… saya cuma ingin mencuba ruangan ini…. memang ada yg nak diluahkan cuma… entahlah.. bila tiba masa… berbisik benar suara hati ni.. dgn perasaan yg kecewa. terkilan dan hampa yang amat sangat… semua keranamu suami… tapi… mungkin apa yg berlaku tidak lah terlalu jauh… cuma semua yg kulalui ini bukanlah impian sebuah keluarga dan cara hidup yang aku idamkan… dia sebagai suami seharusnya lebih membimbing….. aaaaaaaaaaaaaahhhhhh benci aku menyebutnya.. kalau diluah tak berubah takluahpun sama….. hanya lelaki yang mengerti manusia bernama lelaki…..

    yg manisnya cuma ketika dia tergila2kan kita…. lepas tu…. hampeh… kita takada pun takapa… bila susah kitalah dicari… bila nakkan “tuuuuuuuuuuuuut” datanglah dia… tapi perasaan ni apa yg dia reti?????.. ada luahan yg kubaca di atas.. lelaki berubah hati….. takada perempuan yg hairan dgn luahan tu… malah bgku… memang senang mencari lelaki berubah hati dr lelaki yg setia, jujur serta amanah pd sebuah perkahwinan dan kekeluargaan…..
    tapi aku sndiri memang bodoh… pdhal bukan aku tak tahu yg diatu memang pelik… tapi demi menjaga nama baik keluarga… dan melindunginya… aku tetap menerima dia sbg suami… pdhal dia langsung taktahu bagaimana seharusnya hidup berkeluarga ni… yg merana akulah….. mungkin juga sikap aku yg terlalu menjaga perasaan semua orang dan …. biarlah.. setiap kali aku mengeluh… pasti akan datang rasa bahawa aku seharusnya redha… dan aku tidak sepatutnya begitu kerana ada insan yg tidak bersalah.. sekalipun aku bencikan dia… anak2 bagaimana?… mereka taksalah… jangan nanti kerana menyesali perkahwinan ku ini dgn lelaki sepertinya…. allah tarik balik nikmat anak2 dariku.. pdhal aku amat2 menyayangi mereka.. mungkin aku kesalkan perkahwinanku dgn suamiku tapi aku tidak pernah kesal memiliki zuriat dr nya… mereka taksalah… wpun aku sering menurut persaan setiap kali tak betah melayani mereka yg benar2 dahagakan kasihsayang seorang ibu dan ayah…..akulah perempuan yang dianggap tidak menghormatinya. tidak mampu melayan “kehendaknya”.. sedangkan 3 tahun berturut2 aku melahirkan anak disebabkan tidak membantah kehendaknya.. dan setahun selepas itu… seorang lagi.. dan yg ini adalah lelaki. aku redha.. walaupun bertarung nyawa untuk melahirkan anak2mu.. abang… kerana ashtma yg teruk, aku pernah dimasukkan ke icu ketika mengandung yg ke 3 dan hampir mati kurasakan ketika diserang asthma ketika kandungan 8bulan untuk anak yg keempat… entahlah.. bagiku abg tak berubah…. mungkin kalau dia sedarpun… setelah aku tiada lg didunia ini…. dan bukan dia takpernah merasakan kesunyian itu ketika aku terlantar di icu dengan anak sulungku yg masih 2tahun stgh dan yg kedua baru setahun lebih….. biarlah dia dengan keegoannya… hanya Allah yg dapat membuka pintuhatinya…. bahawa aku bukanlah barangan permainannya….

  11. cty cty says:

    aku pun dah lama berkahwin…. dah ada anak 3.. semua lelaki… skrg umur dah 34 thn…. kira2 dah dekat 12 thn aku berkahwin… tapi sama je dari mula kawin hinggalah ke skrg… aku sama mcm ibu2 tunggal yang lain … segala tjawab aku pikul sorang diri tanpa bantuan seorg lelaki bernama suami…
    Di awal perkahwinan aku masih boleh bersabar… aku tinggal dengan mertua… tapi yang ada cuma pak mertua kerana mak mertua aku dah lama meninggal dunia…aku pikul tjwb kerana aku ingin sangat jadi isteri yang terbaik… tapi sampai bila kesabaran ni nak bertahan..
    Aku buat loan rumah dan beli rumah berhampiran tempat kerja…. semua kelengkapan rumah baru aku yang sediakan… tapi aku seronok kerana rumah aku sendiri… aku beli pula sebuah keta terpakai untuk kemudahan aku ke pejabat…
    Tapi makin lama makin terbeban aku dengan tjawab ini… dari duit belanja anak ke sekolah hinggalah duit belanja untk dia sdiri aku yang perlu sediakan…. tambahan sekarang…. makin lama makin malas dia mencari nafkah bagi membantu aku…. kekadang aku terpaksa bergolak gadai utk belanja anak2….. malah sakit demam anak atau diri aku sendiri… terpaksa aku pikul… malah penah dia berkata “kalau tiada duit… tahan je sakit tu sampai sembuh kerana abang tiada duit… nak ubat berikan duit”…. wahai wanita bayangkan betapa kecewanya aku ketika itu… mulai saat itu aku tidak jadi lagi ibu yang begitu taat pada suami…. aku makin tegas makin kasar semata2 ingin mencari sesuap nasi untuk anak2 ku sendiri…. aku makin kuat walaupun ku rebah ku jatuh aku akan pasti aku akan bangun kembali… walaupun ada ketika kesihatanku tidak mengizinkan aku… tapi semangat ku utuh…. aku terus tabah walaupun makin ditekan…
    Walaupun dia masih suamiku yang sah namun hanya seorang lelaki bernamakan suami…. itu saja yang ku kenal ttg dia…

  12. emma emma says:

    ahhh..bosan dgn lelaki!! lelaki..lelaki…lelaki..
    nak kte amek laah..time xnak buang jee..
    ble nak dpt, mcm2 tabur kate, harapan sgalanye manis..dah dpt..sume pahit..sng jee m’akui slh atas kesilapan mnyintai kte..
    bosan dgn LELAKI!!!! BRAMBUS..

  13. wanita wanita says:

    salam… saya sudah 6 bln berkahwin tetapi masih lg belum hamil. utk pengetahuan semua saya ingin hamil sejak dr awal perkhawinan lg… say sudah pergi berurut tetapi masih tiada lg berita gembira yg saya tunggu.. ada tak sesiapa yg tau bagaiman cara utk saya memiliki cahaya mata dgn cepat..

  14. idah idah says:

    usia perkahwinanku baru mencecah 5 tahun.. namun kini ia berantakan. aku dikurniakan seorang anak lelaki dan bakal melahirkan seorang lagi tidak lama lagi.. dulu, rumahtanggaku bahagia.tapi sekarang semuanya berubah.tidak aku ketahui kenapa sekarang ini suamiku terlalu mudah untuk marah padaku…walaupun pada hal yang remeh temeh.pantang ada yang tidak dituruti, dia akan melenting sehinggakan aku yang sarat mengandung pun akan dipukulnya.aku amat tertekan dengan perubahan sikap suamiku. setiap sekali selepas solat, aku berdoa agar suamiku akan berubah.namun bilakah masa itu akan tiba… kadangkala aku merasakan yang aku ini sudah tidak bermakna lagi dalam hidupnya.mungkin kerana aku ini tidak sepadan dengannya.aku ni tiada rupa, manakala suami aku pula tergolong dalam kategori lelaki yang ada rupa.. padaku, apalah gunanya hensem kalau hidup ini menderita.sesekali pernah juga aku terfikir untuk berpisah dengannya, namun bila teringatkan anak yang masih kecil dan yang bakal dilahirkan, aku menjadi bingung.aku tersepit antara anak dan juga diriku sendiri.setiap malam aku bertemankan airmata.aku amat-amat tertekan. setiap malam aku dijauhi dari menjadi teman tidurnya.seolah-olah aku ini terlalu jijik untuk didekati.maki hamun menjadi amalannya setiap hari… kalau dulu kata-kata manis, kini hamburan kata nista yang dilemparkan padaku.mungkin ketika ini aku masih mampu untuk bersabar dengan kerenahnya, namun akan datang siapalah yang tahu.siapalah yang akan dapat bersabar dengan suami yang tidak bertanggungjawab dan panas baran seperti suamiku..namun buat sementara waktu ini aku terus bersabar… bersabar menantikan suamiku berubah seperti dulu… agar nasib anak-anakku terbela..aku tidak sanggup melihat mereka terpisah dari bapa mereka sendiri dan kehilangan kasih sayang dari seorang lelaki yang bergelar ayah..biarlah aku menanggung keperitan ini demi anak-anakku…

  15. zoey zoey says:

    :cry: aku kawen masa aku berumur 19 thn..sume atas kehendak mak ayah aku.aku belajar pun belum abis.kalu aku tolak perkahwinan itu,aku di halau dan aku di larang pergi mana2 umah sedara mara aku.pd usia aku.mana lah sgt tempat yang aku boleh pergi melainkan time pilihan ayah.aku betul2 kesal dgn sikap orgtua yg langsung tdk mahu memahami maupun mendalami jiwa ank2 dia.akhirnya aku tanpa kerelaan aku.pd mlm pertama,aku sperti di rogol suami sendiri.jiwa dan batin aku betul2 terseksa..bkn hny utk 1 mlm tp hingga ke hari ini aku tak boleh lupa..makin lama aku simpan makin sakit,sesak hati aku..hati aku penuh dgn perasaan benci meluat menyampah pd suami aku sendiri..aku tak puas hati sebab cita2 aku tk tercapai,kawen di usia awal buat aku jd semakin benci pd suami aku..aku sebenarnya seorang yang bercitarasa tinggi dlm sume aspek.suami aku seorg yg sederhana,lurus,kebudak-budakan,tak pandai buat keputusan sendiri,penndek kata sume perlu tjuk ajar dari bapak dia.aku betul2 tak tahan dgn keadaan mcm gini.aku perlukan seorng lelaki yg blh bimbing aku jg utk anak2 satu hari nanti..sebenarnya byk ag aku nak kongsi ksh aku kat sini..dr perkenalan seorg lelaki hingga buat aku tk knl suami aku sendiri..esok aku sambung ag..nyte

  16. nashvilla nashvilla says:

    memang, lelaki memang ramai yg tak jujur dan tak setia. saya pun serupa. sesudah hampir 14 thn kahwin atas dasar cinta sama cinta, dia curang!!! punya lah luluh hancur bila tembelang nya terbongkar. patutlah sibuk bukan main. asyik keje siang malam… rupanya mengerjakan perempuan yg berumur 16 thn lebih muda dari dia. Dia nak mencapai umur 40 thn masa curang tu. Dasar gatal dan ikut nafsu. Selepas berhempas pulas main tarik tali dgn dia akhirnya saya dpt apa yg saya nak, diceraikan 3 mggu lepas. Lapang rasa dada. Tapi dah cerai pandai lak terhegeh2 tepon tiap2 hari. baru2 ni mengaku dia tak ok dgn penceraian ni and nak merayu kitorang kembali bersama. Pikir punya pikir, memanglah kesian. Tapi dia tak kesian pun kat saya dan anak2 masa dia curang berbulan2 lamanya and paksa and pujuk saya terima ppn tu jadi madu. So why should I? Baik hidup menjanda dari ada laki. Almost semua lelaki hampeh. Tahu ajelah lelaki zaman sekarang ni. Nak berpoligami bukan main sebut pasal Islam. Yg tak solat and berzina, mencurangi isteri tu apa ya????

  17. veen_is veen_is says:

    perkahwinan ibarat perjudian. yang penting doa, doa, dan doa. selalulah bersedekah dan niatkan dengan ikhlas. jika hadapi kemelut rumah tangga, jumpalah alim ulama atau sesiapa yg suami kita segan. mintalah bantuan mereka kerana suami kita ni ego. susah nak dengar dan ikut cakap isteri. saya dalam situasi yang sama dan masihpun dalam keadaan terkejut kerana baru 2 minggu ditinggalkan dan kami dah lama tak gaduh tetapi tetiba dia buat camni. tapi saya redha dan berdoa agar kehidupan kami bahagia dalam apa jua situasi. hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

  18. zaf zaf says:

    Sedih kenangkan nasib wanita. Saya pun baru alami suami curang. Tak sangka selepas 13 thn kahwin. Pepatah Life begin at 40 memang ada benarnya. Suami saya mula menggatal dengan budak U lps sambut hr jadi ke 40 . Romantik gila. Padahal dengan saya seumur hidup tak pernah diucap I love U ke atau apa -apa kata mesra. Pantang saya terlupa sesuatu mula mengamuk. Mula -mula saya rasa hilang arah. Rasa nak lari tinggalkan anak-anak dgn dia. Biar dia rasa susahnya jaga 3 anak-anak yang sedang membesar. Tapi sbg org Islam saya curahkan perasaan kpd Allah sahaja. Saya anak yatim piatu. Saya sembahyang hajat & istikharah. Sekarang saya rasa lebih kuat untuk hadapi semua ini sebab selama ini saya yang uruskan semua hal2 rumahtangga sendirian. Saya juga bekerja. Tukar lampu, kepala paip apa saja di rumah. Suami hanya hadap computer-chatting. Jika ditakdirkan bercerai saya rasa saya mampu hidup sendirian. Tapi anak-anak yang sangat rapat dgn ayah mereka buat saya dalam dilema. Sebelum dilamun cinta dgn budak U tu, dia boleh dikatakan suami yang baik. Sekarang dressing dah macam org muda. Saya berserah kepada Allah agar diberikan petunjuk yang baik .

  19. anne anne says:

    SALAM…nape yea agaknya lelaki ni sering b,ubh dan buat wanita terseksa..adakah kerana mereka m,anggap anita ni terlalu lemah dan mudah di perintah..bila tiba giliran si isteri buat mcm tu mcm2gelaran pulak yang diberi seolah2 kita yang bersalah tp hakikatnya semua itu berlaku sebab kita yang terlalu tertekan dgn sikap suami..aku ni dah kawin selama 7 tahun jadi isteri no 2,org kte jdi no 2 ni best tp hakikatnya aku lbh terseksa dgn sikap suami aku yg terlalu m,ikut cakap isteri dia sampaikan aku ni terpaksa jg 5org ank2 tiri aku.semata2 nak senangkan bini dia,tp sekarng bila aku tegakkn hak aku dia kte aku ni m,lawan dan jadi isteri derhaka..agaknya dia lbh suka aku jdi org bdh ikut telunjuk dia..bosan btl!!!

Leave a Reply