Peminat Din Beramboi ( Radio ERA)

Agak dah lama tak tulis blog kat sini. Agak sibuk sikit dengan hal keluarga. Tapi dalam kesibukkan tuu tak pernah lepas dengar radio ERA terutamanya lawak diwaktu pagi oleh arwah Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri ,43 tahun) . Allahyarham juga dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam ..2 april 2010 akibat Demam Denggi Berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. Kepada ahli keluarga beliau..tahziah diucapkan dan banyaklah bersabar. Syiekatsuya pernah kehilangan bapa masa kecil dan pada tahun 2007..arwah mak  juga meninggalkan Syiekatsuya. Sebagai anak tunggal…dan anak yatim piatu…itu bukanlah alasan utk tidak meneruskan kehidupan. Kehidupan perlu diteruskan..walaupun orang yang disayangi meninggalkan kita tapi mereka akan tetap dihati dan jua diingatan selamanya.

Din Beramboi1 Din02

Dan kepada semua peminat arwah  Din Beramboi..sama-samalah kita berdoa dan jangan lupa..semasa hidup..arwah Din Beramboi sentiasa mengembirakan kita semua di pagi hari dengan celoteh dan lawaknya . Kepada semua Peminat arwah Din Beramboi dan jua yang mengenali beliau..doakan arwah agar rohnya tenang dan doakan agar ahli keluarganya tabah mengharungi kehidupan ini.Amin.

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

September Love,2009

What is LOVE? Some people come into our lives.Leave footprints in our hearts and we are never ever the same again.
What is MARRIAGE? Marriage is not a simple love affair .It’s an ordeal and the ordeal is the sacrifice of ego to a relationship in which two have become one.

SELAMAT PENGANTIN BARU..

BELOW my 1st daughter wedding photo. As mother ( parent ) I always wish her
happiness.

Dan sebab tuu jugalah lama tak updated site nie..banyak hal nak buat ketika tuu. Whatever..Selamat Pengantin Baru. Doakan bahagia hingga ke anak cucu .Kalau nak lihat photo mereka..sila ke photo gallery. Kat sana boleh lihat banyak photo menantu Syiekatsuya …MORE

Tags: , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bukan krn tak rela menjadi ibu atau isteri dari lelaki yg kucintai tapi

Aku dan dia berpacaran selama 4 tahun. Hubungan kami sudah begitu jauh, sampai yang tak seharusnya kami lakukan pun, hampir menjadi lakon hidup kami setiap saat. Apa hendak dikata, cinta yang membuatku menyerahkan segalanya. Hingga akhirnya aku hamil.

Betapa panik aku saat itu. Bukan kerana tak siap menjadi ibu atau isteri dari lelaki yang kucintai itu tapi aku panik krn dia malah tak mau bertanggung jawab atas anak yang kukandung. Aku malah dituduhnya telah berhubungan intim dengan lelaki lain. Anak ini dianggapnya bukan darah dagingnya. Sungguh sikap yang tak pernah kuduga sebelumnya.

Mengapa aku rela menyerahkan mahkotaku pada dia ? Kerana aku yakin ia akan menjadi suami dan ayah dari anak-anakku kelak. Tapi kenyataan berkata lain. Aku dicampakkan setelah semua madu ia hisap dari tubuhkku. Sejak saat itu aku tak pernah lagi melihat dia. Hilang entah ke mana

Tags: ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Anak sulung

 HAPPY BIRTHDAY TO..khas untuk Anak Sulung Mama..

Bersama dengan anak sulung menyambut HARIJADInya minggu lepas tapi yang paling enjoy adiknya yang ke 3..gembira tak terhingga… Muka anak yang  sulung dan anak ke 3 hampir sama muka mereka ..macan kembar pula.Dua-dua bulat dan montel…

Anak yang ke 2 pulak..ikut sebelah atok Pakistan  pulak…Ketiga-tiga nie…buat mama nya pening kepala..ha ha ha. Mama dia nie kepala tak betul sikit…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Persediaan hamil


UPDATED: 2009

There’s so much to think about when you decide to have a baby.
1)Your age – are you ready to be a mother?
2)Pregnancy-Basic thing you should know before you decide to get pregnant like blood test (aids)
3)Support From husband,boyfriend,parent or other.
4)Financial- can you effort to buy a nappy or other thing for baby?
Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga
kerana menerusi proses ini baka dan zuriat dapat diteruskan dan diperkembangkan.
Setiap kelamin yang ingin membangunkan keluarga perlu memandang berat perkara ini
dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir.. Wanita yang hamil bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu
memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya
melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan
gembira.Memang sukar dibayangkan tetapi itulah kehebatan wanita.
Muntah dan terasa loya beberapa bulan diwaktu pagi terutamanya tetapi bukan
semua mengalaminya.Dalam masa wanita mengandung..mereka lebih gemarkan memakan
masakan atau citarasa yang berlainan dari kebiasaan. Masa itu kaum lelaki akan
MENGELUH..   Kulit luar permukaan pecah kerana perut yg membesar mengakibatkan kulitnya
tegang dan pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks.90% wanita
mengalaminya.Bisa hati atau gastric.I
Urat kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di kalangan wanita
yang sudah berulang kali hamil.
Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan dan tidak menandakan
sebarang masalah ,sebaliknya ada pakar yang mengatakan tanda anak dalam
kandungan itu lebih besar daripada biasa. Jika bengkak kaki disertai dengan
tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor ini menandakan wanita itu
menghidapi penyakit toxemia.Ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.Keadaan ini
boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak
diberikan.Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan
darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang
hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur
kandungan.Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus
melainkan dengan rehat sahaja,kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat
pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika
kerap berlaku.Sembelit kerap berlaku ketika hamil.
Kesan daripada sembelit ini berserta dengan urat timbul di bahagian dubur,
buasir akan berlaku. Ini kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur
khususnya jika sembelit itu teruk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan
khususnya ialah dengan menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam dubur untuk
mengurangkan buasir. Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.
Diatas adalah asas tentang hamil/mengandung Nak tahu lebih lanjut..jumpa doctor.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman tentang masa hamil/mengandung…bolehlah berkongsi dsini. Moga bakal yang emnjadi isteri dan ibu kemudian hari mempunyai  pengetahuan asas dan bersedia menjadi seorang ibu..Kongsi bersama pengalaman masa mengandung anda..Jua untuk para SUAMI bolehkah anda bersabar dan memahami isteri anda dalam situasi ini…
Updated: 2009 …
Kehamilan dan kelahiran biasanya tidak menimbulkan sebarang kesulitan atau kerumitan tetapi jika tidak dijaga dengan rapi,
ia boleh juga mengganggu kesihatan dan mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandung.
Kehamilan tidak boleh dibiarkan berlaku mengikut tabii manusia.
Ia mestilah disusun dan dirancang supaya lahir zuriat yang sihat dan sejahtera di segi jasmani, rohani dan mental.
Umur Yang Sesuai ( Age )
Umur yang paling wajar untuk kehamilan dan kelahiran ialah antara 18 hingga 35 tahun.
Kesihatan Yang Baik ( Health )
Sebaiknya, setiap ibu yang ingin hamil patut mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
Tentukan dia tidak menghidap penyakit
seperti kencing manis, penyakit jantung atau buah pinggang.
Pemeriksaan Darah ( Blood Test )
Pemeriksaan darah juga penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana
ia juga boleh menyebabkan kecacatan bayi. Pemeriksaan darah ini juga dilakukan untuk
mengesan pelalian demam rubella atau german measles. Jika sudah mendapat pelalian, wanita
itu terselamat dari gejala kecacatan bayi jika dia mengalami demam rubella. Jiak belum.,
adalah lebih baik wanita berkenaan mendapatkan suntikan pelalian dengan segera. Penyakit
ini jika berlaku di peringkat awal kandungan boleh menyebabkan beberapa jenis kecacatan bayi
termasuk jantung berlubang, pekak dan bisu.
Persediaan Mental Dan Rohaniah ( Mentality /Responbility)
Tentukan kehamilan dirancang dan kedatangan bayi dinantikan. Kehamilan yang tidak disengajakan boleh
menimbulkan masalah hubungan dan kasih saying antara ibu dan bayi. Keadaan ini mungkin boleh menjejaskan
perkembangan mental dan akhlak bayi itu dalam jangka panjang. Seseorang ibu yang menempuhi kehamilan dan
kelahiran patut mendapat sedikit pengetahuan mengenai proses tersebut. Tanpa pengetahuan, ia boleh
menyebabkan tekanan bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi juga mentalnya. Tekanan ini pula menyebabkan
beberapa masalah emosi dan psikologi.

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Suami yang terbaik dan romantik boleh beralih arah

Antara kisah yang Syiekatsuya pilih dari catatan pembaca
diblog ini utk renungan bersama.Catatan Norlaila tentang hidupnya .

Awal tahun 2008 genap perkahwinanku selama 14 tahun.. yang penuh bahagia yang
tidak pernah aku terduga akan akan badai derita melanda dalam perkahwinan ini.. Aku mengenali suamiku
sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, kami satu kampung malah satu kelas. Hati ini telah diikat dengan cintanya
dari zaman persekolah sehinggalah ke zaman remaja dan akhirnya ke alam perkahwinan yang teramat bahagia.Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang teramat kami sayangi yang kami didik
dengan ilmu dunia dan akhirat bagi bekalan anak-anak menghadapi cabaran hidup di masa akan datang. Aku fikir
kebahagiaan ini akan berkekalan kerana aku masih setia seperti bertahun-tahun sebelum perkahwinan ini terjadi
dan selepas perkahwinan ini terjadi juga.. aku fikir suamiku juga akan setia sehingga akhir hayatnya seperti
ku.Malang bagi diriku..di umur menghampiri 40 ini, suamiku berubah sekelip mata, berubah menjadi
seperti remaja di alam persekolah..dia akhirnya berjumpa dengan pelajar universiti untuk dijadikan teman bercinta..
budak mentah yang baru berumur 21 tahun yang masih belum mengerti perit hidup berumah tangga. Yang dia
tahu hanya keseronokan kerana suamiku melimpahinya dengan kemewahan wang ringgit dan hadiah. Suamimu
memikatnya dengan kebendaan kerana dia tahu itu kelemahan wanita yang sedang di alam sekolah
seperti perempuan itu.Tambahan pula suami terlalu murah hati membelanja makan perempuan itu setiap
malam. Kerana waktu itu dia outstation di bandar perempuan itu belajar. Aku tidak pernah buruk sangka kepada
suamiku kerana aku mahu jadi isteri yang taat pada suami, aku tidak mahu berdosa berburuk sangka dengan
suami. Walaupun kadang-kadang aku hairan kenapa suami ku tidak mahu berulang saja dari daerah tersebut ke
rumah kami tapi aku tidak pernah menyoalnya kerana memahami suami ku terlalu penat untuk memandu jauh setiap hari sedangkan daerah tersebut hanya memakan masa satu jam dari rumah kami. AKhirnya terbongkar penipuan suami yang paling aku sanjungi selama ini, suami yang menjadi kebanggaan ku selama ini.. Dia adalah suami yang
paling penyayang sebelum ini,suami yang terbaik dan romantik boleh beralih arah setelah 14 tahun berkahwin..
cintanya padaku telah hilang

kerana seluruh cintanya kini bertumpu kepada perempuan itu. Kini walaupun kata
suamiku dia telah memutuskan hubungan dengan perempuan itu, aku benar-benar tidak percaya kerana dia telah
menipu sebanyak 2 kali dalam perkara yang sama. Kepercayaan ku padanya telah hilang. Yang tinggal kini hanyalah sisa-sisa bahagia yang telah hilang. Sirna hidup ku hanya tingga
kenangan.

Hatiku menderita di atas janjinya yang telah dimungkiri selama ini.Aku amat
berharap Allah mengambil kembali cinta ini dari hatiku supaya aku tidak lagi mempunyai perasaan kepadanya kerana…perasaan itulah yang membuat aku tersiksa. Biarlah aku tidak punya apa-apa rasa
lagi supaya hatiku tidak menderita lagi di atas perbuatannya.

NOTE: Sila bagi pendapat/comment anda untuk catatan ini moga
pendapat anda akan memberi manafaaat dan kesedaran kpd pembaca yg lain.

Tags:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bergaya tak pernah mengenal usia..

Zaman sekarang dah kecil-kecil dah pandai bergaya.

Si Denisa baru usia 3 tahun lebih dah terikutkan kakaknya Fhella bergaya dengan
cermin mata BESAR.

Tak senyum langsung…

Kalau diberi pilihan utk kedua-dua model yang tak bertauliah nie..

yang mana anda calon model kat blog nie..

Kakaknya or adiknya?

++Kalau senang..jomlah baca kat Ucapan Terindah. Belum lihat belum tahu tau.++

Tags:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sweet 14…Happy Birthday To You

Esok…celebrate hari jadi anak yang ke dua.
Tak sangka…pejam celik ..dah usia 14 tahun. Tapi kerenahnya kalahkan adiknya yang kecil.
Dan tak lama lagi..mungkin Syiekatsuya akan jadi nenek..tak sabar nak timang CUCU….sebab anak sulung akan bertunang tak lama lagi.
Bila dah bertunang tuu…sah-sah akan kahwin cepat.
Terasa sunyilah rumah nanti tapi itulah hakikat bila anak-anak dah besar.

Tags:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
 Page 1 of 7  1  2  3  4  5 » ...  Last »