~*~*~*~Syiekatsuya Weblog~*~*~*~

Ahh chatroom Bicara Luahan Hati baru siap. Dalam room tuu ada 2,3 subroom
lagi…iaitu Cinta 3segi,cinta monyet,hati terluka,celoteh remaja dan lepas
geram.Kadang kala Syiekatsuya kat sana..guna nama BigMama atau Syiekatsuya.
Member anak-anak yang suka ke sana..celoteh tentang hal remaja.  Best jugak
kadangkala join dia orang. Boleh faham apa remaja masa kini tentang pemikiran
dia orang dan pendapat. kalau nak ke sana ..masuk
sini
  Chatroom nie boleh bincang pasal hal
perkahwinan,perceraian,cinta dan isu semasa. Maksudnya.meluahkan isi hati tanpa
dikenali dan jua boleh memberi nasihat/pendapat. Ibu tunggal dan janda di alukan
jua. Bila masa terluang Syiekatsuya ( BigMama) join jugak tapi tak lama. Buat masa nie tak ramai yang tahu chat room nie..jadi tak ramai lagi yg turut serta…mungkin ambil masa sikit. Nanti Syiekatsuya akan email kat kalian tentang chatroom nie..kaum ibu silalah join . Lepas tension pasal hal kat rumah..

Updated: Chatroom tuu masih baru lagi dan waktu yang paling ramai chatting  iaitu waktu senja dan malam. Lainlah dah lama chatroom nie online..

Antara kisah yang Syiekatsuya pilih dari catatan pembaca
diblog ini utk renungan bersama.Catatan Norlaila tentang hidupnya .

Awal tahun 2008 genap perkahwinanku selama 14 tahun.. yang penuh bahagia yang
tidak pernah aku terduga akan akan badai derita melanda dalam perkahwinan ini.. Aku mengenali suamiku
sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, kami satu kampung malah satu kelas. Hati ini telah diikat dengan cintanya
dari zaman persekolah sehinggalah ke zaman remaja dan akhirnya ke alam perkahwinan yang teramat bahagia.Kami dikurniakan 3 orang cahaya mata yang teramat kami sayangi yang kami didik
dengan ilmu dunia dan akhirat bagi bekalan anak-anak menghadapi cabaran hidup di masa akan datang. Aku fikir
kebahagiaan ini akan berkekalan kerana aku masih setia seperti bertahun-tahun sebelum perkahwinan ini terjadi
dan selepas perkahwinan ini terjadi juga.. aku fikir suamiku juga akan setia sehingga akhir hayatnya seperti
ku.Malang bagi diriku..di umur menghampiri 40 ini, suamiku berubah sekelip mata, berubah menjadi
seperti remaja di alam persekolah..dia akhirnya berjumpa dengan pelajar universiti untuk dijadikan teman bercinta..
budak mentah yang baru berumur 21 tahun yang masih belum mengerti perit hidup berumah tangga. Yang dia
tahu hanya keseronokan kerana suamiku melimpahinya dengan kemewahan wang ringgit dan hadiah. Suamimu
memikatnya dengan kebendaan kerana dia tahu itu kelemahan wanita yang sedang di alam sekolah
seperti perempuan itu.Tambahan pula suami terlalu murah hati membelanja makan perempuan itu setiap
malam. Kerana waktu itu dia outstation di bandar perempuan itu belajar. Aku tidak pernah buruk sangka kepada
suamiku kerana aku mahu jadi isteri yang taat pada suami, aku tidak mahu berdosa berburuk sangka dengan
suami. Walaupun kadang-kadang aku hairan kenapa suami ku tidak mahu berulang saja dari daerah tersebut ke
rumah kami tapi aku tidak pernah menyoalnya kerana memahami suami ku terlalu penat untuk memandu jauh setiap hari sedangkan daerah tersebut hanya memakan masa satu jam dari rumah kami. AKhirnya terbongkar penipuan suami yang paling aku sanjungi selama ini, suami yang menjadi kebanggaan ku selama ini.. Dia adalah suami yang
paling penyayang sebelum ini,suami yang terbaik dan romantik boleh beralih arah setelah 14 tahun berkahwin..
cintanya padaku telah hilang

kerana seluruh cintanya kini bertumpu kepada perempuan itu. Kini walaupun kata
suamiku dia telah memutuskan hubungan dengan perempuan itu, aku benar-benar tidak percaya kerana dia telah
menipu sebanyak 2 kali dalam perkara yang sama. Kepercayaan ku padanya telah hilang. Yang tinggal kini hanyalah sisa-sisa bahagia yang telah hilang. Sirna hidup ku hanya tingga
kenangan.

Hatiku menderita di atas janjinya yang telah dimungkiri selama ini.Aku amat
berharap Allah mengambil kembali cinta ini dari hatiku supaya aku tidak lagi mempunyai perasaan kepadanya kerana…perasaan itulah yang membuat aku tersiksa. Biarlah aku tidak punya apa-apa rasa
lagi supaya hatiku tidak menderita lagi di atas perbuatannya.

NOTE: Sila bagi pendapat/comment anda untuk catatan ini moga
pendapat anda akan memberi manafaaat dan kesedaran kpd pembaca yg lain.

Zaman sekarang dah kecil-kecil dah pandai bergaya.

Si Denisa baru usia 3 tahun lebih dah terikutkan kakaknya Fhella bergaya dengan
cermin mata BESAR.

Tak senyum langsung…

Kalau diberi pilihan utk kedua-dua model yang tak bertauliah nie..

yang mana anda calon model kat blog nie..

Kakaknya or adiknya?

++Kalau senang..jomlah baca kat Ucapan Terindah. Belum lihat belum tahu tau.++

Esok…celebrate hari jadi anak yang ke dua.
Tak sangka…pejam celik ..dah usia 14 tahun. Tapi kerenahnya kalahkan adiknya yang kecil.
Dan tak lama lagi..mungkin Syiekatsuya akan jadi nenek..tak sabar nak timang CUCU….sebab anak sulung akan bertunang tak lama lagi.
Bila dah bertunang tuu…sah-sah akan kahwin cepat.
Terasa sunyilah rumah nanti tapi itulah hakikat bila anak-anak dah besar.

:wink: UPDATED: Ingin sampaikan ucapan I LOVE YOU pada orang tersayang atau UCAPAN TERINDAH…sampaikan disini

Dah banyak kali kita dengar..selalunya lelaki akan tertarik dengan wanita cantik,muda dan slim. Malah berulang kali jua kita dengar wanita gemuk,hodoh dan tua menjadi mimpi ngeri untuk lelaki. Tapi kita sebagai wanita dalam category cantik,muda dan slim itu janganlah terlalu angkuh dan berbangga dengan semua yang ada kerana yang paling penting ialah hati dan sifat rendah diri mesti ada. Jua kepada yang boleh dikatakan gemuk..hodoh tuu janganlah rasa rendah diri. Setiap manusia ada kelebihan tersendiri dan mungkin suatu hari nanti…akan berjumpa dengan lelaki yang benar-benar menghargai diri anda yang sebenarnya dan bukanlah dari luaran….Tapi kaum wanita ada jua sesetengahnya hanya memilih yang handsome aje…2×5 aje.

Adakah anda setuju? Adakah anda berbangga menjadi diri anda ? Walaupun sukar tapi itu adalah anda…begitu jua dengan aku…kalau dingatkan kisah yang berlaku 30 -20 tahun yang lalu..banyak kesedihan dari kebahagian tapi aku tabah. Banyak yang ingin aku kongsi bersama disini tapi masa tak mengizinkan buat masa ini. Aku akan bercuti dengan anak-anak utk seketika…

Agak lama menyepi..sibuk dengan kerenah anak-anak dan kehidupan reality.
Dalam tempoh tuu jua I tengah perbaharui sedikit sebanyak kandungan kat website nie.
Mungkin akan diperbanyakkan topik perbincangan tentang luahan…
Antara topik tuu kes cerai,kes kahwin,kes remaja,kes dera,kes cinta tiga segi ,kes ibu tunggal dan macan-macan lagi.
Tak salah meluahkan perasaan….kalau disimpan lagi merana badan. kadang kala hampir gila.Kepada yang nak sertai community wanita tuu..sila berikan email yang lengkap dan boleh dihubungi so senanglah Syiekatsuya nak contact jika dah siap nanti. dah hampir siap nie. Kalau anda ada topik yang menarik..silalah kemukakan..moga topik nie kita dapat bincang bersama-sama dengan pembaca nanti.

Hiatus-Tokyo

Hiatus until 29 dec 2008. Take holiday to Japan and visit husband parent at Tokyo. Same time visit Tokyo Disneyland,Universal Studio at Osaka and shopping. See you next year and Merry Chrismas/ Happy New Year to everybody. I will return all the comment soon after coming back from Japan.

Older Posts »